Dalam kebanyakkan budaya ibu yang telah melalui proses kelahiran digalakkan untuk menjalani tempoh berpantang dan digalakkan untuk mendapat rehat yang cukup. Pantang adalah mengelakkan melakukan aktiviti,atau pemakanan yang tidak sesuai dalam tempoh pemulihan. Setiap budaya tidak kira melayu,cina,india serta pribumi Malaysia Sabah Sarawak tidak lari dari proses pemulihan ini iaitu Pantang. Mengikut kepercayaan masyarakat melayu, jika melanggar pantang ibu berisiko tidak sihat mental dan fizikal. Amalan berpantang amatlah dititikberatkan untuk tempoh berpantang yang bersesuaian dengan keadaaan sekarang.